Wednesday, March 28, 2012

Kehidupan rakyat Terengganu pikat pelajar Jepun

KUALA TERENGGANU— Keramahan penduduk, makanan yang enak serta persekitaran yang menarik memikat sekumpulan 34 pelajar Jepun untuk berkunjung lagi ke Terengganu.

Seorang daripada mereka, Okada Kazuya, 17, dari Hiroshima berkata, banyak pengalaman menarik yang diperoleh sepanjang berada seminggu di negeri ini.

"Saya dapati persekitaran amat menarik dan orang di sini baik-baik. Semasa di sini saya belajar makan makanan tradisi seperti nasi dagang dan lain-lain. Ada rasa pedas tetapi saya menggemarinya,” katanya melalui jurubahasa Mohamad Nabil Mohamad Nasir.

Pelajar lelaki itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan Program Homestay Hippo Club Jepun anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kelab Antarabangsa Hiroshima di Kuala Lumpur oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini, semalam.

Seramai 34 pelajar Jepun yang terdiri daripada 19 pelajar lelaki dan 15 perempuan itu mengikuti program selama enam hari dengan berkampung di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di sini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...