Friday, December 28, 2012

Mesyuarat JKS Kali Pertama


27 DIS - Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga hampir jam 2 itu, menghimpunkan semua pengerusi-pengerusi panitia dan jawatankuasa-jawatankuasa utama yang lain. Ternyata mesyuarat itu sangat berkesan dan terkesan dengan laporan-laporan di samping pandangan-pandangan yang diberikan.  Sememangnya kita tidak serupa tetapi kita tetap sama. Tidak serupa di sini bermaksud, kita mempunyai buah fikiran masing-masing; pandangan dan pendapat yang berbeza, namun kita tetap sama ingin terus memastikan kegemilangan SKBK.

Tuesday, June 19, 2012

Israk & Mikraj Peringkat Sekolah


19 JUN - SKBK telah mengadakan majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat sekolah. Program ini dijalankan oleh Panitia Agama Islam. Satu ceramah khas Isra & Mikraj disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Kadir

Monday, June 18, 2012

Minggu NILAM 2012

17 Jun - Program Minggu NILAM adalah satu program tahunan yang dijalankan di SKBK. Usaha pihak sekolah menganjurkan program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan membaca. Secara tidak langsung melalui pembacaan juga ia boleh menambahkan ilmu pengetahuan.


Tuesday, April 3, 2012

Majlis Pelancaran Kelas Gemilang 2012


1 April - Majlis Pelancaran Kelas Gemilang telah dilancarkan pada hari ini. Objektif program ini ialah :

  • Menyemai kekitaan, kerjasama, ukhwah dan semangat juang yang tinggi di kalangan guru dan murid.
  • Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif, berdaya saing dan budaya belajar yang positif.
  • Menyemai perasaan atau semangat sayangkan sekolah, disiplin diri dan sahsiah yang mantap.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum di kalangan murid dapat ditingkatkan.

Sunday, April 1, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Ke 24 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012


30 Mac - SKBK telah mengadakan mesyuarat PIBG sekolah yang ke 24. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Yusof Awang Hitam iaitu Penyelaras DUN Manir. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah penyampaian hadiah untuk Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum dan pelajar yang berjaya mendapat 5A UPSR 2011

Thursday, March 29, 2012

Pertandingan Persahabatan Bola Baling


27 Mac - Satu pertandingan persahabatan telah diadakan diantara pasukan SKBK dengan pasukan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis. Pertandingan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan bola baling peringkat daerah Kuala Terengganu Utara yang bakal dilangsungkan pada bulan April nanti. Pertandingan ini lebih bermatlamatkan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemain.
 
Tahniah kepada pihak pengurusan Pasukan Bola Baling SKBK yang telah mengambil inisiatif menyertai pertandingan persahabatan ini. Ternyata terdapat peningkatan dalam corak permainan pemain-pemain tersebut. Semoga para pemain mendapat pendedahan berguna sebagai persediaan mereka untuk menyertai kejohanan di peringkat daerah nanti.

Wednesday, March 28, 2012

Kehidupan rakyat Terengganu pikat pelajar Jepun

KUALA TERENGGANU— Keramahan penduduk, makanan yang enak serta persekitaran yang menarik memikat sekumpulan 34 pelajar Jepun untuk berkunjung lagi ke Terengganu.

Seorang daripada mereka, Okada Kazuya, 17, dari Hiroshima berkata, banyak pengalaman menarik yang diperoleh sepanjang berada seminggu di negeri ini.

"Saya dapati persekitaran amat menarik dan orang di sini baik-baik. Semasa di sini saya belajar makan makanan tradisi seperti nasi dagang dan lain-lain. Ada rasa pedas tetapi saya menggemarinya,” katanya melalui jurubahasa Mohamad Nabil Mohamad Nasir.

Pelajar lelaki itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan Program Homestay Hippo Club Jepun anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kelab Antarabangsa Hiroshima di Kuala Lumpur oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini, semalam.

Seramai 34 pelajar Jepun yang terdiri daripada 19 pelajar lelaki dan 15 perempuan itu mengikuti program selama enam hari dengan berkampung di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di sini.— BERNAMA

Program Homestay Hippo Club Jepun


27 Mac -  Warga SKBK telah menerima kunjungan 5 orang pelajar dari Jepun. Mereka merupakan sebahagian daripada peserta Program Homestay HIPPO Club Jepun yang berpusat di SK Sultan Sulaiman 1. Ketibaan pelajar disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang. Antara aktiviti diadakan ialah persembahan tarian kebudayaan Terengganu iaitu Ulik Mayang, demontrasi membuat ketupat palas, permainan tradisional dan lain-lain.
 

Friday, March 2, 2012

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang


1 Mac - Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang telah dilancarkan pada hari ini. Objektif program ini ialah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid. Majlis ini dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan sekolah. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar dan upacara perasmian iaitu gimik pelancaran.

Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidur Rasul


15 Februari 2011 -  SKBK telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 2012/1433H. Sambutan dimulakan dengan ceramah kemudian diikuti perbarisan dan perarakan para peserta yang berbaris dan berarak mengikut kelas. Para peserta memakai pakaian baju melayu dan baju kurung  serta membawa sepanduk. Tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan semua pelajar yang memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung.

Monday, February 6, 2012

Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Rujukan :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Monday, January 30, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS Tahun 2012


29 Januari - Majlis Pelantikan dan penyerahan watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah oleh En. Zulkifli bin Jusof, Guru Penolong Kanan 1. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Dalam majlis tersebut, GPK 1 telah menyampaikan ucapan dan memberi amanat kepada pengawas  dan pengawas PSS yang baru dilantik ini agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh guru dan pihak sekolah kepada mereka.

Sunday, January 22, 2012

Majlis Penutup Transisi Tahun 1


21 Januari 2011 - Telah berlansungnya Majlis Penutup Minggu Transisi bagi murid-murid tahun 1 sekolah ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong, dimana beliau turut sudi untuk menyampaikan hadiah kepada Tokoh Transisi.

Monday, January 16, 2012

Majlis Letak Kerja UPSR 2012


13 Januari - Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.

Friday, January 6, 2012

Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 1


3 Januari - Taklimat kepada ibu bapa murid diadakan di dewan SKBK. Taklimat disampaikan oleh guru besar, guru-guru penolong dan guru-guru. Pihak sekolah juga telah memberikan penerangan tentang Program LINUS dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada ibu bapa murid-murid tahun 1 yang baru. Semasa ibu bapa mendengar taklimat semua murid baru telah dibawa ke kelas masing-masing dan melawat kawasan sekolah dengan diiringi oleh guru-guru.

Tuesday, January 3, 2012

Sesi Persekolahan 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman permulaan sesi persekolahan 2012 ialah pada 3 Januari 2012 (Selasa). Kami warga SK Beladau Kolam mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan meneruskan agenda kecemerlangan SK Beladau Kolam.

SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 / 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...