Thursday, March 29, 2012

Pertandingan Persahabatan Bola Baling


27 Mac - Satu pertandingan persahabatan telah diadakan diantara pasukan SKBK dengan pasukan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis. Pertandingan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan bola baling peringkat daerah Kuala Terengganu Utara yang bakal dilangsungkan pada bulan April nanti. Pertandingan ini lebih bermatlamatkan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemain.
 
Tahniah kepada pihak pengurusan Pasukan Bola Baling SKBK yang telah mengambil inisiatif menyertai pertandingan persahabatan ini. Ternyata terdapat peningkatan dalam corak permainan pemain-pemain tersebut. Semoga para pemain mendapat pendedahan berguna sebagai persediaan mereka untuk menyertai kejohanan di peringkat daerah nanti.

Wednesday, March 28, 2012

Kehidupan rakyat Terengganu pikat pelajar Jepun

KUALA TERENGGANU— Keramahan penduduk, makanan yang enak serta persekitaran yang menarik memikat sekumpulan 34 pelajar Jepun untuk berkunjung lagi ke Terengganu.

Seorang daripada mereka, Okada Kazuya, 17, dari Hiroshima berkata, banyak pengalaman menarik yang diperoleh sepanjang berada seminggu di negeri ini.

"Saya dapati persekitaran amat menarik dan orang di sini baik-baik. Semasa di sini saya belajar makan makanan tradisi seperti nasi dagang dan lain-lain. Ada rasa pedas tetapi saya menggemarinya,” katanya melalui jurubahasa Mohamad Nabil Mohamad Nasir.

Pelajar lelaki itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan Program Homestay Hippo Club Jepun anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kelab Antarabangsa Hiroshima di Kuala Lumpur oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini, semalam.

Seramai 34 pelajar Jepun yang terdiri daripada 19 pelajar lelaki dan 15 perempuan itu mengikuti program selama enam hari dengan berkampung di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di sini.— BERNAMA

Program Homestay Hippo Club Jepun


27 Mac -  Warga SKBK telah menerima kunjungan 5 orang pelajar dari Jepun. Mereka merupakan sebahagian daripada peserta Program Homestay HIPPO Club Jepun yang berpusat di SK Sultan Sulaiman 1. Ketibaan pelajar disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang. Antara aktiviti diadakan ialah persembahan tarian kebudayaan Terengganu iaitu Ulik Mayang, demontrasi membuat ketupat palas, permainan tradisional dan lain-lain.
 

Friday, March 2, 2012

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang


1 Mac - Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang telah dilancarkan pada hari ini. Objektif program ini ialah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid. Majlis ini dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan sekolah. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar dan upacara perasmian iaitu gimik pelancaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...