Thursday, July 21, 2011

Kem Penitisan Ilmu UPSR 2011


Pada 18-20 Julai 2011 telah diadakan Kem Penitisan Ilmu UPSR. Kem tersebut bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai azam yang tinggi untuk lulus dengann cemerlang peperiksaan UPSR serta member motivasi kepada peserta-peserta.

Perasmian kem telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn. Ramelah Bt B. Said. Sepanjang kem tersebut, murid-murid telah diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menjawab soalan dengan berkesan. Manakala pada 20 Julai 2022 (Rabu), program ceramah motivasi pelajar bersama ibubapa telah diadakan. Pihak sekolah telah menjemput PK HEM SMK Padang  Kemunting, En. Ashari B Khatib sebagai penceramah jemputan.Perasmian penutup kem tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SK Beladau Kolam.

Thursday, July 14, 2011

Lawatan Klinik Kesihatan


14 Julai - Klinik Kesihatan (Pergigian) telah mengadakan satu lawatan ke SK Beladau Kolam untuk membuat demostrasi mengenai cara menggosok gigi dengan betul. Semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan lawatan tersebut. Murid-murid Tahun 1 diberi ubat gigi dan berus gigi percuma. Seterusnya pemeriksaan gigi ke atas semua murid-murid SKBK dijalankan.

Wednesday, July 13, 2011

Penyampaian Cenderahati Murid Pra Percubaan UPSR

13 Julai - Berdasarkan keputusan peperiksaan pra percubaan UPSR yang telah dijalankan pada 5 hingga 7 Julai 2011 yang lalu, pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.

Keseluruhannya, seramai 14 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 5 orang murid mendapat 4A 1B dan 1 orang mendapat 3A 2B. Manakala bagi kelas 6C, seramai 7 orang murid lulus semua mata pelajaran. Murid-murid yang memperolehi 5A diberi insentif sebanyak RM10 seorang, manakala yang lain mendapat RM5 seorang. Insentif yang disediakan merupakan sumbangan daripada pihak PIBG SKBK.

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Datang PPD Kota Tinggi


12 Julai - Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam telah menerima satu rombongan lawatan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Johor. Rombongan yang terdiri daripada 25 orang pegawai ini telah tiba di sekolah pada jam 8.30pagi. Lawatan ini adalah bertujuan melawat Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam yang merupakan sebuah sekolah yang telah berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR selama 5 tahun berturut-turut. Rombongan ini telah bertolak pulang pada jam 12.00 tengahari.

Friday, July 8, 2011

Majlis Perpisahan Puan Guru Besar


Sebuah majlis perpisahan telah diadakan bersempena pertukaran mantan Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Puan Hajah Normah Bt Daud, ke Sekolah Kebangsaan Manir. Majlis yang serba sederhana telah berlangsung dengan begitu meriah pada tanggal 7 Julai 2011. Puan Hajah Normah yang telah menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam selama 7 tahun telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Manir pada 1 Jun 2011.

Majlis perpisahan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi bersama murid dan sesi bersama guru-guru. Sesi bersama murid-murid diadakan di sekolah bermula pada jam 11.30pagi manakala sesi bersama-sama guru-guru diadakan  di Taman Tamadun Islam (TTI) bermula jam 1.00 petang.

Sunday, July 3, 2011

Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


2 Julai - telah berlangsungnya Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan dan kesedaran dalam membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam diri murid.

Semua murid, guru, serta kakitangan sekolah  berkumpul di Dataran Madani pada jam 7.30pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Rosman serta menjalani sesi memanaskan badan sebelum acara larian dimulakan. Jauh jarak yang ditetapkan bagi program larian tersebut ialah sejauh 1.5 km.
   
Setelah selesai acara larian, murid-murid, guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah yang terlibat bersama-sama menjamu selera dengan makanan dan minuman yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...