Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam ( SKBK ) terletak di dalam daerah Kuala Terengganu. Jaraknya dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kira-kira 16 km. Ia merupakan sekolah luar Bandar gerd A. Sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1944 lagi dan sehingga kini telah diterajui oleh 18 orang guru besar.

Asal usul nama sekolah.
Nama sekolah mengambil sempena nama kampung Beladau Kolam. Perkataan ‘beladau' membawa maksud senjata atau pun golok (bahasa tempatan). Senjata tersebut sangat terkenal pada masa dahulu dan ia berbentuk seakan-akan lawi ayam. Ianya senang dibawa kerana saiznya yang kecil. Menurut kajian yang dibuat oleh pihak sekolah dengan mengadakan temu ramah dengan penduduk tempatan, pada zaman dahulu di kampung ini terdapat sebuah kolam. Kolam itu berbentuk memanjang seperti anak sungai yang memisahkan dua buah kampung iaitu Kampung Masjid dan Kampung Jonggok Tong. Untuk menghubungkan kedua-dua kampong tersebut sebuah titian kayu sebatang telah digunakan.

Gambar 1: Senjata beladau ( ihsan Muzium Negeri Terengganu)

Gambar 2 : Keadaan kolam pada tahun 2009

Menurut penduduk tempatan lagi, pada suatu hari kampung ini telah dilawati oleh seorang yang berpengaruh . Pelawat tersebut telah menyeberangi titian sebatang tersebut dan ketika sampai di pertengahan titian beladaunya yang disisip di pinggangnya telah terjatuh ke dalam kolam itu. Usaha mencarinya tidak berhasil. Dari kisah inilah maka nama Kampung Beladau Kolam diberi nama. Kampung Beladau Kolam ini menggabungkan dua buah kampung iaitu Kampung Masjid dan Kampung Jonggok Tong.

Pengasas Sekolah
Sekolah ini terbina atas usaha bersama penduduk setempat. Namun begitu En. Awang bin Ismail boleh dianggap sebagai pengasa sekolah ini kerana atas inisiatif beliaulah yang telah memberi kesedaran kepada orang-orang kampung untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah. Beliau sebulat suara telah dilantik sebagai guru dan juga merupakan guru besar yang pertama bagi sekolah ini. Beliau berasal dari kampong Mangkuk, Setiu, Terengganu. Cikgu Awang berkhidmat di sekolah ini mulai tahun 1944 sehingga tahun 1946.

Senari nama Guru-guru Besar
  1. En . Awang bin Ismail 1944 – 1946
  2. En. Mohamad bin Abdullah 1947 - 1948
  3. En. Mahmud bin Abdullah 1949 - 1960
  4. En. Wan Mansor bin Wan Kadir 1961 – 1969
  5.  En. Abdullah bin Abd. Rahman 1970 – 1978
  6. En. Hashim bin Mohamad 1979 – 1980
  7. En. Ismail bin Mohamad 1981 – 1985
  8.  En. Hamid bin Ismail 1986 – 1987
  9. Tn. Hj.Abd.Rashid bin Mohamad 1988 – 1982
  10. En. Shamsuddin bin Salleh 16.9.1992 – 31.1.1993
  11. Tn. Hj. Rosli @ Ali bin Sulaiman 1.2.1993 – 2.3.2000
  12.  Tn. Hj. Alias bin Ismail 3.3.2000 – 15.7.2004
  13. Pn. Hjh. Normah binti Daud 16.7.2004 – 31.5.2011
  14. Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong 1.6.2011 - 31.8.2015
  15. En. Mohd Jaafar bin Taib 1.9.2015 - 3.1.2017
  16. En. Pauzi bin Agil 3.1.2017 - 31.7.2017
  17. Pn. Zariah binti Abas 1.8.2017 - 30.11.2018
  18. En. Azri Rozaimie bin Abu Bakar 2.12.2018 - Kini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...