Friday, April 29, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSD KTU


KAMI JUARA!!! Itulah kata-kata yang dilaungkan oleh Pasukan Bola Baling Lelaki SKBK pada hari bersejarah 27 April. SKBK telah berjaya merangkul anugerah juara pada Kejohanan Bola Baling MSSD KTU. Kejohanan ini telah berlangsung di SMK Manir, Kuala Terengganu. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Rozman dan Cikgu Shamsul, manakala Cikgu Mazlan sebagai pengurus pasukan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru-guru diatas kemenangan ini.

Tuesday, April 26, 2011

Minggu Sains


Pada 24 April, SKBK telah mengadakan minggu Sains yang akan bermula dari 24 hingga 28 April 2011. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK dalam perhimpunan rasmi sekolah. Objektif minggu ni diadakan adalah untuk memupuk minat murid terhadap sains dan meningkatkan peratus pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini adalah seperti pameran sains , kuiz sains dan projek Sains berkumpulan.

Saturday, April 16, 2011

Minggu Agama Islam dan Bahasa Arab


Program Minggu Agama Islam dan Bahasa Arab merupakan rutin tahunan Panatia Pendidkan Islam. Program ini dilaksanakan adalah bertepatan untuk mengcungkil  pengatahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan murid. Progam ini juga dapat memantapkan pengatahuan murid semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Fokus program ini meliputi semua bidang seperti Al-Quran, Ibadat, Sirah, Akhlak dan pembelajaran Jawi.

Friday, April 15, 2011

Kursus Kepimpinan 2011


14 APRIL – Satu kursus kepimpinan yang melibatkan semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua-ketua Unit/Kelab/Persatuan, ketua-ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini diadakan adalah bertujuan membina dan mengembangkan potensi diri peserta. Ia juga untuk melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berwibawa. Justeru itu kursus kepimpinan ini dapat melahirkan pemimpin yang berdisiplin serta bertanggungjawab kepada diri dan sekolah.

Saturday, April 9, 2011

Majlis Aku Janji UPSR 2011



9 April – SKBK telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Aku Janji untuk murid-murid tahun 6. Majlis ini dibuat dalam dua sesi. Sesi pertama ialah taklimat Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK dan sedikit penerangan dari YDP PIBG SKBK Haji Wan Sagar bin Wan Embong. Sesi kedua bersama ibubapa, guru-guru dan murid untuk tendatangan Aku Janji di atas banting yang telah disediakan.

Minggu Bahasa Melayu


Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Minggu Bahasa Melayu untuk tahun 2011 bermula  3 April  hingga 7 April 2011. Ia telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK, Antara pengisian Minggu Bahasa Melayu adalah beberapa pertandingan seperti pertandingan bercerita, tulisan cantik, silangkata dan penulisan esei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...