Sunday, August 21, 2011

Penyampaian Cenderahati Kepada Murid Cemerlang Percubaan UPSR


Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan UPSR yang telah dijalankan, pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.
   
Keseluruhannya, seramai 19 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 8 orang murid mendapat 4A 1B dan 2 orang mendapat 3A 2B (kelas 6B). Manakala bagi kelas 6C, seramai 7 orang murid lulus semua mata pelajaran (minima C). Murid-murid yang memperolehi 5A diberi insentif sebanyak RM10 seorang, manakala yang lain mendapat RM5 seorang. Insentif yang disediakan merupakan sumbangan daripada pihak PIBG SKBK.

Wednesday, August 10, 2011

Nuzul Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran 

Kempen Keselamatan Jalan Raya


9 Ogos –JKJR telah mimilih SKBK untuk program Keselamatan Jalan Raya. Dalam program ini, kelas 2 Arif dan 5 Arif terpilih untuk aktiviti kuiz. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz diberi ganjaran berupa cenderamata daripada JKJR. Program sehari bersama JKJR ini dianjurkan oleh pihak pengurusan HEM mendapat perhatian daripada murid-murid serta warga pendidik. Pihak sekolah beruntung kerana turut mendapat sumbangan buku latihan dan aktiviti JKJR yang boleh digunakan oleh murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKJR Terengganu kerana memilih sekolah ini dalam program kempen keselamatan jalan rayanya ke seluruh negeri Terengganu. Tidak ketinggalan, pameran keselamatan jalan raya juga berjaya menarik perhatian seluruh warga sekolah.

Monday, August 8, 2011

Sumbangan Pakaian Hari Raya


7 Ogos – Seramai 20 orang anak yatim SKBK telah menerima sumbangan pakaian Hari Raya. Setiap seorang menerima dua pasang pakaian yang dibeli di Mydin Mall. Sumbangan ini diberikan oleh seorang individu yang bermurah hati untuk menderma untuk anak-anak yatim. Individu tersebut berharap anak-anak yatim ini dapat menyambut dan meraikan Hari Raya sebagaimana anak-anak yang lain.

Thursday, July 21, 2011

Kem Penitisan Ilmu UPSR 2011


Pada 18-20 Julai 2011 telah diadakan Kem Penitisan Ilmu UPSR. Kem tersebut bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai azam yang tinggi untuk lulus dengann cemerlang peperiksaan UPSR serta member motivasi kepada peserta-peserta.

Perasmian kem telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn. Ramelah Bt B. Said. Sepanjang kem tersebut, murid-murid telah diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menjawab soalan dengan berkesan. Manakala pada 20 Julai 2022 (Rabu), program ceramah motivasi pelajar bersama ibubapa telah diadakan. Pihak sekolah telah menjemput PK HEM SMK Padang  Kemunting, En. Ashari B Khatib sebagai penceramah jemputan.Perasmian penutup kem tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SK Beladau Kolam.

Thursday, July 14, 2011

Lawatan Klinik Kesihatan


14 Julai - Klinik Kesihatan (Pergigian) telah mengadakan satu lawatan ke SK Beladau Kolam untuk membuat demostrasi mengenai cara menggosok gigi dengan betul. Semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan lawatan tersebut. Murid-murid Tahun 1 diberi ubat gigi dan berus gigi percuma. Seterusnya pemeriksaan gigi ke atas semua murid-murid SKBK dijalankan.

Wednesday, July 13, 2011

Penyampaian Cenderahati Murid Pra Percubaan UPSR

13 Julai - Berdasarkan keputusan peperiksaan pra percubaan UPSR yang telah dijalankan pada 5 hingga 7 Julai 2011 yang lalu, pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.

Keseluruhannya, seramai 14 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 5 orang murid mendapat 4A 1B dan 1 orang mendapat 3A 2B. Manakala bagi kelas 6C, seramai 7 orang murid lulus semua mata pelajaran. Murid-murid yang memperolehi 5A diberi insentif sebanyak RM10 seorang, manakala yang lain mendapat RM5 seorang. Insentif yang disediakan merupakan sumbangan daripada pihak PIBG SKBK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...