Sekapur Sireh

ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA. 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. di atas keizinannya, maka lahirlah Laman Web SK. Beladau Kolam ini. Laman Web ini merupakan medan info untuk mendapatkan maklumat berkenaan sekolah ini.
Sekolah secara fizikal dan spiritualnya tidak terdiri dari pagar, bangunan, perkakasan, batu-bata sahaja malah 'rohnya' meliputi agenda warga pendidik, anak-anak malah melambangkan aspirasi masyarakat setempat yang pelbagai budaya dan alirannya. Maka, di sinilah terletaknya kesepaduan dan kesepakatan semua ahli masyarakat untuk bersama-sama menzahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam iklim sekolah ini.
Berorientasikan Falsafah Sekolah yang menekankan perkembangkan potensi murid secara berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara harap dapat dijayakan. Saya amat berharap agar kejayaan yang kita kecapi dalam pelbagai bidang dapat dipertahankan dan dipertingkatkan lagi seiring dengan visi dan misi sekolah.

Akhirkata, selaras dengan motto sekolah “Mendidik Manusia Dengan Kemanusian” adalah diharapkan semua warga SKBK menjanakan tranformasi pendidikan selaras Negeri Terengganu Anjung Ilmu.

Ikhlas dari,

Haji Abd. Razak Hj. Embong
Guru Besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...