Monday, January 30, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS Tahun 2012


29 Januari - Majlis Pelantikan dan penyerahan watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah oleh En. Zulkifli bin Jusof, Guru Penolong Kanan 1. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Dalam majlis tersebut, GPK 1 telah menyampaikan ucapan dan memberi amanat kepada pengawas  dan pengawas PSS yang baru dilantik ini agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh guru dan pihak sekolah kepada mereka.

Sunday, January 22, 2012

Majlis Penutup Transisi Tahun 1


21 Januari 2011 - Telah berlansungnya Majlis Penutup Minggu Transisi bagi murid-murid tahun 1 sekolah ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong, dimana beliau turut sudi untuk menyampaikan hadiah kepada Tokoh Transisi.

Monday, January 16, 2012

Majlis Letak Kerja UPSR 2012


13 Januari - Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.

Friday, January 6, 2012

Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 1


3 Januari - Taklimat kepada ibu bapa murid diadakan di dewan SKBK. Taklimat disampaikan oleh guru besar, guru-guru penolong dan guru-guru. Pihak sekolah juga telah memberikan penerangan tentang Program LINUS dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada ibu bapa murid-murid tahun 1 yang baru. Semasa ibu bapa mendengar taklimat semua murid baru telah dibawa ke kelas masing-masing dan melawat kawasan sekolah dengan diiringi oleh guru-guru.

Tuesday, January 3, 2012

Sesi Persekolahan 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman permulaan sesi persekolahan 2012 ialah pada 3 Januari 2012 (Selasa). Kami warga SK Beladau Kolam mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan meneruskan agenda kecemerlangan SK Beladau Kolam.

SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 / 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...