Tuesday, August 18, 2015

Doakan Kejayaan Murid SKBK dalam Peperiksaan UPSR 2015

Doa
Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk),  kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian.


Monday, August 10, 2015

PERTANDINGAN KELAS TERBILANG BULAN JULAI

Tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan kelas terbilang. Kepada yang tidak berjaya teruskan berusaha.
Tahap 1: Tempat pertama dimenangi oleh 3Arif, Tempat Kedua 1Arif dan Tempat Ketiga 3 Bijak.
Tahap 2: Tempat Pertama dimenangi oleh 6Bijak, Tempat Kedua 5Arif dan Tempat Ketiga 4Bijak

a


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...