Monday, September 14, 2015

SELAMAT DATANG GURU BESAR

Warga SK Beladau Kolam mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, En. Jaafar bin Taib.


 Ucapan YDP PIBG

 Ucapan Guru Besar
 Ucapan PK 1
 Murid SKBK
 Guru SKBK
Selamat Bertugas di SKBK

USAHA TANGGA KEJAYAAN UPSR 2015

Pesanan akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan oleh pentadbir dan guru-guru tahun enam.



Selamat menduduki peperiksaan wahai anak-anak tahun enam. Jawablah soalan dengan tenang dan yakin.




Tuesday, August 18, 2015

Doakan Kejayaan Murid SKBK dalam Peperiksaan UPSR 2015

Doa
Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk),  kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian.


Monday, August 10, 2015

PERTANDINGAN KELAS TERBILANG BULAN JULAI

Tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan kelas terbilang. Kepada yang tidak berjaya teruskan berusaha.
Tahap 1: Tempat pertama dimenangi oleh 3Arif, Tempat Kedua 1Arif dan Tempat Ketiga 3 Bijak.
Tahap 2: Tempat Pertama dimenangi oleh 6Bijak, Tempat Kedua 5Arif dan Tempat Ketiga 4Bijak

a


Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015


Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 telah diadakan pada 25 Julai 2015. Majlis berjalan bergitu meriah sekali. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Pendidikkan Negeri Terengganu Tn Hj. Shafruddin bin Ali Hussin. Sambutan aidilfitri ini diharap dapat memupuk semangat bersatu semua warga sekolah.





Sunday, June 28, 2015

PROGRAM IHYA' RAMADHAN "RAMADHAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH"


Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1436 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan dan menghidupkan suasana bulan Ramadhan dengan program-program yang bermanfaat.  


 PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN


CERAMAH AWAL RAMADHAN OLEH USTAZAH MARLINA

BACAAN ALQURAN DAN TAFSIR


KUIZ

TADARUS

Tahniah! Naib Johan Pertandingan Bolasepak MSSDKN Bawah 12 Tahun

 
Pasukan SKBK bawah 12 tahun memulakan cabaran kejohanan bola sepak MSSDKN dengan menentang SK Manir 1-1, SK Teluk Pasu 1-0, dan SK Teluk Pasu 8-0. Seterusnya pasukan sekolah telah dinobatkan sebagai juara kumpulan. Pasukan SKBK bawah 12 Tahun mampu membawa cabaran sekolah serta mampu bersaing kumpulan yang lain walaupun berbeza saiz fizikal. Dengan keazaman mereka akhirnya mendapat tempat kedua setelah berjaya menewaskan SK Tok Jembal 2-1, SK Batu Rakit 3-1 dan tewas dengan SK Kompleks Megabang Telipot 1 -3. Tahniah untuk seluruh pemain serta barisan kejurulatihan serta pengurusan pasukan SKBK.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...