Monday, March 28, 2011

Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris


Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan Minggu Bahasa Inggeris peringkat sekolah. Ia telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK, Antara pengisian program ialah persembahan murid, bercerita dan dan kuiz. Objektif utama program ini ialah untuk menggalakan murid menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.

Saturday, March 26, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2011

24 Mac – Majlis Tilawah Al-Quran 2011 peringkat PKG telah diadakan di SK. Kebor Besar. MTQ adalah merupakan acara tahunan bertujuan untuk mengcungkil bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Antara murid yang terlibat mewakili SKBK ialah Nur Aina Amirah binti Bahri (tilawah perempuan), Ummi Faqihah Aida binti Aziz (hafazan perempuan), Nurul Izzah Hakimah binti Mamat (bercerita perempuan), Muhammad Elham bin Fauzi (tilawah lelaki), Ahmad Farhan Sulaiman bin  Zuraimi (hafazan lelaki) dan Muhammad Rusydi Warid bin Mohd Jafri (bercerita lelaki).

Friday, March 25, 2011

Kejohanan Olahraga MSSD KTU


21- 24 Mac - Sramai 12 orang atlit SKBK telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD KTU yang berlangsung di Trek Latihan Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. Antara acara yang disertai ialah 100M, 200M, 4 x 100M, 4 x 200M, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. SKBK telah berjaya memperolehi satu pingat Perak dalam acara lompat tinggi (P12) disumbangkan oleh Aisyatul Akmal binti Omar.

Wednesday, March 23, 2011

Pelancaran Pertandingan Banyak Membaca 2011


21 Mac 2011 -  Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKBK, telah berjaya melaksanakan satu Program Galakan Membaca bagi tahun 2011 iaitu Pertandingan Banyak Membaca. Program ini telah dilancarkan oleh Pn.Guru Besar SKBK, Puan Hajjah Normah binti Daud.

Objektif program ini ialah:
• meningkatkan minat membaca di kalangan semua murid dan warga sekolah ini.
• meningkatkan ilmu pengetahuan.
• meningkatkan pencapaian akademik.
• mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

Diharap semua warga sekolah ini, khasnya guru-guru dan murid-murid sentiasa menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan dan budaya hidup. Banyak membaca luas pengetahuan.

Sunday, March 20, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-16 SKBK


Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-16 telah pun berjaya dijalankan dengan jayanya dibawah kendalian guru-guru, ibubapa serta murid-murid SKBK. Secara keseluruhannya Rumah Biru menjadi johan pada tahun ini. Diikuti oleh Rumah Kuning tempat kedua dan tempat ketiga dimiliki oleh Rumah Hijau. Rumah Kuning johan dalam perbarisan. Olahragawan pula disandang oleh Muhammmad Arib bin Abd. Aziz dari rumah Biru dan olahragawati pula dimiliki oleh Aisyatul Akmal binti Omar dari Rumah Kuning. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah kerana dapat menjayakan sukan ini dengan cemerlang sekali.

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama sekali kepada semua warga - warga kampung berhampiran yang telah bergotong royong bersama guru - guru, warga PIBG dan murid - murid untuk menjayakan majlis yang julung - julung kali diadakan ini. Akhir sekali JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Majlis ini. Terima Kasih

Thursday, March 10, 2011

Kejohanan Badminton MSSD KTU

7 – 9 Mac -  Telah berlangsung Kejohanan Badminton MSSD Kuala Terengganu Utara di SMK Bukit Tunggal, Seramai empat orang murid telah mewakili sekolah dalam kejohanan ini. Antaranya ialah Wan Ahmad Syamil bin Wan Sagar, Muhammad Arief bin Mohd, Najibah Adilah binti Mustaffa dan Nurul Izzah binti Sufian. Skuad elite badminton ini di bawah pimpinan Cikgu Ahmad Syukri bin Mohd dan Cikgu Roslan bin Razali. Seorang daripada pemain ini berjaya mendapat tempat ke-3 dan layak ke peringkat daerah. Pemain ini ialah Najibah Adilah binti Mustaffa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...