Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan

Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut

1ASPIRASI
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi

1AGENDA

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

Monday, April 22, 2013

Bulan NILAM SKBK 2013





21 April - Program NILAM adalah satu program tahunan yang dijalankan di SKBK. Usaha pihak sekolah menganjurkan program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan membaca. Secara tidak langsung melalui pembacaan juga ia boleh menambahkan ilmu pengetahuan.

Wednesday, April 3, 2013

Kejohanan Badminton MSSD KTU 2013



3 - 4 April - Telah berlangsung Kejohanan Badminton MSSD Kuala Terengganu Utara di SMK Bukit Tunggal, Seramai empat orang murid telah mewakili sekolah dalam kejohanan ini. SKBK berjaya mendapat tempat ke 3 untuk ketegori lelaki dan kedua bagi ketegori perempuan bawah 12 tahun. Dua pemin ini berjaya dan layak ke peringkat daerah.

Thursday, March 7, 2013

Lawatan Rawatan Kesihatan Murid Tahun 1 Dan Tahun 6



6 Mac - Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan rawatan bagi murid tahun 1 dan tahun 6 

Friday, February 8, 2013

Larian Sihat SKBK 2013



7 Februari - SKBK telah mengadakan Larian Sihat peringkat sekolah. Larian Sihat ini dijalankan secara tiga peringkat iaitu Pra sekolah, Tahap satu dan tahap dua. Sebelum larian sihat ini bermula, penerangan dan nasihat telah diberikan supaya murid menjaga keselamatan diri masing-masing. Tujuan larian sihat ini diadakan untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas. Pelepasan murid dilakukan oleh Wan Saga bin Wan Embong selaku pengerusi PIBG SKBK.

Monday, February 4, 2013

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2013



3 Februari - SKBK telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SKBK iaitu Haji Wan Saga bin Wan Embong. Seramai 58 orang Pengawas Sekolah, 29 orang Pengawas Perpustakaan dan 50 orang Pengawas Kaunseling sekolah telah dilantik.

Thursday, January 31, 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas 2013



31 Januari –  SKBK telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas di Dewan SKBK. Kursus tersebut disertai oleh Pengawas sekolah, Pengawas PSS dan pengawas PRS. Tujuan Program itu dijalankan adalah untuk membentuk dan mengasah keperibadian diri yang mulia agar menjadi pemimpin yang dicontohi dan memahami dengan jelas peranan dan tugas kepimpinan yang berkesan dalam kehidupan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Tuesday, January 29, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2013


29 Januari -  SKBK telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 1434 / 2013H. Sambutan yang bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH disambut dengan begitu meriah dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan pelajar, ceramah agama, pertandingan kuiz dan pertandingan sepanduk tercantik. Sambutan dimulakan dengan ceramah kemudian diikuti perbarisan dan perarakan para peserta yang berbaris dan berarak mengikut kelas. Para peserta memakai pakaian bertemakan pakaian tradisional serta membawa sepanduk. Tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan semua pelajar yang memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung.

Tuesday, January 22, 2013

Latihan Larian Sihat 2013



22 Januari – Latihan pertama Program Larian Sihat. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari emosi dan fizikal. Dengannya akan membolehkan murid menghadapi pelajaran dengan berkesan.

Latihan ini akan diadakan sebanyak tiga kali. Program Larian Sihat sebenar akan diadakan pada 7 Februari. Program ini melibatkan semua rumah sukan.

Friday, January 11, 2013

Majlis Letak Kerja UPSR 2013



10 Januari – Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013





Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2013


1 JAN - Dalam taklimat ringkas, tuan guru besar SKBK Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong mengucapkan Selamat Datang ke SKBK kepada semua ibu bapa dan murid-murid tahun 1 yang hadir pada hari ini. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada hari ini bersama anak masing-masing dalam majlis ini. Beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah khasnya dengan pentabir dan juga guru-guru SKBK dalam memastikan pencapaian cemerlang anak masing-masing dalam bidang akademik atau kokurikulum. Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih SKBK sebagai sekolah pertama untuk anak masing-masing menuntu ilmu.

Tuesday, January 1, 2013

Sesi Pendaftaran Murid Sesi 2013


Sekitar  pendaftaran sesi persekolahan 2013 yang telah dijalankan pada 30 Disember 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...