15 Februari 2011 - SKBK telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 2012/1433H. Sambutan dimulakan dengan ceramah kemudian diikuti perbarisan dan perarakan para peserta yang berbaris dan berarak mengikut kelas. Para peserta memakai pakaian baju melayu dan baju kurung serta membawa sepanduk. Tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan semua pelajar yang memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung.
Thursday, February 16, 2012
Monday, February 6, 2012
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Monday, January 30, 2012
Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS Tahun 2012
29 Januari - Majlis Pelantikan dan penyerahan watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah oleh En. Zulkifli bin Jusof, Guru Penolong Kanan 1. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.
Dalam majlis tersebut, GPK 1 telah menyampaikan ucapan dan memberi amanat kepada pengawas dan pengawas PSS yang baru dilantik ini agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh guru dan pihak sekolah kepada mereka.
Dalam majlis tersebut, GPK 1 telah menyampaikan ucapan dan memberi amanat kepada pengawas dan pengawas PSS yang baru dilantik ini agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh guru dan pihak sekolah kepada mereka.
Sunday, January 22, 2012
Majlis Penutup Transisi Tahun 1
21 Januari 2011 - Telah berlansungnya Majlis Penutup Minggu Transisi bagi murid-murid tahun 1 sekolah ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong, dimana beliau turut sudi untuk menyampaikan hadiah kepada Tokoh Transisi.
Monday, January 16, 2012
Majlis Letak Kerja UPSR 2012
13 Januari - Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Tuan Haji Abd Razak bin Embong dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.
Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.
Friday, January 6, 2012
Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 1
3 Januari - Taklimat kepada ibu bapa murid diadakan di dewan SKBK. Taklimat disampaikan oleh guru besar, guru-guru penolong dan guru-guru. Pihak sekolah juga telah memberikan penerangan tentang Program LINUS dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada ibu bapa murid-murid tahun 1 yang baru. Semasa ibu bapa mendengar taklimat semua murid baru telah dibawa ke kelas masing-masing dan melawat kawasan sekolah dengan diiringi oleh guru-guru.
Tuesday, January 3, 2012
Sesi Persekolahan 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makluman permulaan sesi persekolahan 2012 ialah pada 3 Januari 2012 (Selasa). Kami warga SK Beladau Kolam mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan meneruskan agenda kecemerlangan SK Beladau Kolam.
SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 / 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






