Friday, July 8, 2011

Majlis Perpisahan Puan Guru Besar


Sebuah majlis perpisahan telah diadakan bersempena pertukaran mantan Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Puan Hajah Normah Bt Daud, ke Sekolah Kebangsaan Manir. Majlis yang serba sederhana telah berlangsung dengan begitu meriah pada tanggal 7 Julai 2011. Puan Hajah Normah yang telah menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam selama 7 tahun telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Manir pada 1 Jun 2011.

Majlis perpisahan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi bersama murid dan sesi bersama guru-guru. Sesi bersama murid-murid diadakan di sekolah bermula pada jam 11.30pagi manakala sesi bersama-sama guru-guru diadakan  di Taman Tamadun Islam (TTI) bermula jam 1.00 petang.

Sunday, July 3, 2011

Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


2 Julai - telah berlangsungnya Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan dan kesedaran dalam membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam diri murid.

Semua murid, guru, serta kakitangan sekolah  berkumpul di Dataran Madani pada jam 7.30pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Rosman serta menjalani sesi memanaskan badan sebelum acara larian dimulakan. Jauh jarak yang ditetapkan bagi program larian tersebut ialah sejauh 1.5 km.
   
Setelah selesai acara larian, murid-murid, guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah yang terlibat bersama-sama menjamu selera dengan makanan dan minuman yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Monday, June 27, 2011

Minggu NILAM


26 Jun - Program Minggu NILAM adalah satu program tahunan yang dijalankan di SKBK. Usaha pihak sekolah menganjurkan program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan membaca. Secara tidak langsung melalui pembacaan juga ia boleh menambahkan ilmu pengetahuan.

Sepanjang Minggu NILAM pelbagai aktiviti yang telah dijalankan iaitu Aktiviti Bercerita, Aktiviti Berpantun, Pertandingan Kuiz Pengatahuan Am, Pertandingan Cari Makna Spontan, Doktor Kata, Pertandingan Melukis Kulit Buku dan Kuiz Terbuka PSS.

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011 di dataran sekolah. Acara dimulakan pada pukul 7.00 pagi di dewan sekolah dengan bacaan perutusan YAB Perdana Menteri  Malaysia oleh Guru besar seterusnya nyanyian Lagu Rasmi Hari Guru 2011 oleh guru-guru SK Tanjung Aru. Pelbagai acara telah diadakan  antaranya seperti Memancing Selipar, Menyusun Puzzle, Persembahan Murid-murid dan Guru-guru. Acara terakhir adalah pertukaran hadiah dan bersalaman bersama guru dan murid-murid SK Beladau Kolam.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai serta mengenang kembali jasa-jasa dan pengorbanan guru yang telah dicurahkan. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru dan murid-murid. Sambutan Hari Guru disambut dengan gilang-gemilang oleh penghuni SKBK.

Friday, April 29, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSD KTU


KAMI JUARA!!! Itulah kata-kata yang dilaungkan oleh Pasukan Bola Baling Lelaki SKBK pada hari bersejarah 27 April. SKBK telah berjaya merangkul anugerah juara pada Kejohanan Bola Baling MSSD KTU. Kejohanan ini telah berlangsung di SMK Manir, Kuala Terengganu. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Rozman dan Cikgu Shamsul, manakala Cikgu Mazlan sebagai pengurus pasukan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru-guru diatas kemenangan ini.

Tuesday, April 26, 2011

Minggu Sains


Pada 24 April, SKBK telah mengadakan minggu Sains yang akan bermula dari 24 hingga 28 April 2011. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK dalam perhimpunan rasmi sekolah. Objektif minggu ni diadakan adalah untuk memupuk minat murid terhadap sains dan meningkatkan peratus pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini adalah seperti pameran sains , kuiz sains dan projek Sains berkumpulan.

Saturday, April 16, 2011

Minggu Agama Islam dan Bahasa Arab


Program Minggu Agama Islam dan Bahasa Arab merupakan rutin tahunan Panatia Pendidkan Islam. Program ini dilaksanakan adalah bertepatan untuk mengcungkil  pengatahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan murid. Progam ini juga dapat memantapkan pengatahuan murid semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Fokus program ini meliputi semua bidang seperti Al-Quran, Ibadat, Sirah, Akhlak dan pembelajaran Jawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...