14 APRIL – Satu kursus kepimpinan yang melibatkan semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua-ketua Unit/Kelab/Persatuan, ketua-ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini diadakan adalah bertujuan membina dan mengembangkan potensi diri peserta. Ia juga untuk melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berwibawa. Justeru itu kursus kepimpinan ini dapat melahirkan pemimpin yang berdisiplin serta bertanggungjawab kepada diri dan sekolah.
Friday, April 15, 2011
Saturday, April 9, 2011
Majlis Aku Janji UPSR 2011
9 April – SKBK telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Aku Janji untuk murid-murid tahun 6. Majlis ini dibuat dalam dua sesi. Sesi pertama ialah taklimat Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK dan sedikit penerangan dari YDP PIBG SKBK Haji Wan Sagar bin Wan Embong. Sesi kedua bersama ibubapa, guru-guru dan murid untuk tendatangan Aku Janji di atas banting yang telah disediakan.
Minggu Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Minggu Bahasa Melayu untuk tahun 2011 bermula 3 April hingga 7 April 2011. Ia telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK, Antara pengisian Minggu Bahasa Melayu adalah beberapa pertandingan seperti pertandingan bercerita, tulisan cantik, silangkata dan penulisan esei.
Monday, March 28, 2011
Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan Minggu Bahasa Inggeris peringkat sekolah. Ia telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SKBK, Antara pengisian program ialah persembahan murid, bercerita dan dan kuiz. Objektif utama program ini ialah untuk menggalakan murid menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.
Saturday, March 26, 2011
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2011
24 Mac – Majlis Tilawah Al-Quran 2011 peringkat PKG telah diadakan di SK. Kebor Besar. MTQ adalah merupakan acara tahunan bertujuan untuk mengcungkil bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Antara murid yang terlibat mewakili SKBK ialah Nur Aina Amirah binti Bahri (tilawah perempuan), Ummi Faqihah Aida binti Aziz (hafazan perempuan), Nurul Izzah Hakimah binti Mamat (bercerita perempuan), Muhammad Elham bin Fauzi (tilawah lelaki), Ahmad Farhan Sulaiman bin Zuraimi (hafazan lelaki) dan Muhammad Rusydi Warid bin Mohd Jafri (bercerita lelaki).
Friday, March 25, 2011
Kejohanan Olahraga MSSD KTU
21- 24 Mac - Sramai 12 orang atlit SKBK telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD KTU yang berlangsung di Trek Latihan Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. Antara acara yang disertai ialah 100M, 200M, 4 x 100M, 4 x 200M, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. SKBK telah berjaya memperolehi satu pingat Perak dalam acara lompat tinggi (P12) disumbangkan oleh Aisyatul Akmal binti Omar.
Wednesday, March 23, 2011
Pelancaran Pertandingan Banyak Membaca 2011
21 Mac 2011 - Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKBK, telah berjaya melaksanakan satu Program Galakan Membaca bagi tahun 2011 iaitu Pertandingan Banyak Membaca. Program ini telah dilancarkan oleh Pn.Guru Besar SKBK, Puan Hajjah Normah binti Daud.
Objektif program ini ialah:
• meningkatkan minat membaca di kalangan semua murid dan warga sekolah ini.
• meningkatkan ilmu pengetahuan.
• meningkatkan pencapaian akademik.
• mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
Diharap semua warga sekolah ini, khasnya guru-guru dan murid-murid sentiasa menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan dan budaya hidup. Banyak membaca luas pengetahuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




