Thursday, January 31, 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas 2013



31 Januari –  SKBK telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas di Dewan SKBK. Kursus tersebut disertai oleh Pengawas sekolah, Pengawas PSS dan pengawas PRS. Tujuan Program itu dijalankan adalah untuk membentuk dan mengasah keperibadian diri yang mulia agar menjadi pemimpin yang dicontohi dan memahami dengan jelas peranan dan tugas kepimpinan yang berkesan dalam kehidupan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Tuesday, January 29, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2013


29 Januari -  SKBK telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 1434 / 2013H. Sambutan yang bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH disambut dengan begitu meriah dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan pelajar, ceramah agama, pertandingan kuiz dan pertandingan sepanduk tercantik. Sambutan dimulakan dengan ceramah kemudian diikuti perbarisan dan perarakan para peserta yang berbaris dan berarak mengikut kelas. Para peserta memakai pakaian bertemakan pakaian tradisional serta membawa sepanduk. Tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan semua pelajar yang memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung.

Tuesday, January 22, 2013

Latihan Larian Sihat 2013



22 Januari – Latihan pertama Program Larian Sihat. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari emosi dan fizikal. Dengannya akan membolehkan murid menghadapi pelajaran dengan berkesan.

Latihan ini akan diadakan sebanyak tiga kali. Program Larian Sihat sebenar akan diadakan pada 7 Februari. Program ini melibatkan semua rumah sukan.

Friday, January 11, 2013

Majlis Letak Kerja UPSR 2013



10 Januari – Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013





Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2013


1 JAN - Dalam taklimat ringkas, tuan guru besar SKBK Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong mengucapkan Selamat Datang ke SKBK kepada semua ibu bapa dan murid-murid tahun 1 yang hadir pada hari ini. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada hari ini bersama anak masing-masing dalam majlis ini. Beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah khasnya dengan pentabir dan juga guru-guru SKBK dalam memastikan pencapaian cemerlang anak masing-masing dalam bidang akademik atau kokurikulum. Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih SKBK sebagai sekolah pertama untuk anak masing-masing menuntu ilmu.

Tuesday, January 1, 2013

Sesi Pendaftaran Murid Sesi 2013


Sekitar  pendaftaran sesi persekolahan 2013 yang telah dijalankan pada 30 Disember 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...