Sunday, January 30, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di Dewan SK. Teluk Menara yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Razali bin Daud, Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong iaitu Yang Dipertuai PIBG sekolah turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara anugerah yang disampaikan ialah Kecemerlangan Akedemik Tahun 1,2,3,4,5 dan 6,Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, 5A UPSR 2010 dan Anugerah Nilam.





















Friday, January 28, 2011

Majlis Letak Kerja UPSR 2011

27 Januari (Khamis) – Majlis Letak Kerja UPSR Tahun Enam telah dijalankan di Masjid Kampung Beladau Kolam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan murid. Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, taklimat program oleh Guru Besar Puan Hajjah Normah binti Daud dan diakhiri oleh ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Wan Sagar bin Wan Embong.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan program kecemerlangan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu ibu bapa akan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan akdemik dan sahsiah anak-anak mereka. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru, PIBG dan ibu bapa.






Sunday, January 23, 2011

Pelancaran Program Lancar Sifir

23 Januari (Ahad) - Panitia Matematik  telah menganjurkan program bijak sifir 2011. Program ini telah dilancarkan oleh Yang Berusaha Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SK Beladau Kolam. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid boleh menguasai sifir dan meningkatkan kecemerlangan subjek Matematik. Objektif program ini juga adalah untuk membantu murid-murid agar cekap mengira , meningkatkan penguasaan murid dalam fakta asas. Program ini disasarkan kepada semua murid tahun 1 hingga 6. 

 





Sunday, January 16, 2011

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS Tahun 2011

16 Januari (Ahad) - Majlis Pelantikan dan penyerahan watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah oleh Yang Berusaha Puan Hajjah Normah binti Daud, Guru Besar SK Beladau Kolam. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Dalam majlis tersebut, Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan memberi amanat kepada pengawas  dan pengawas PSS yang baru dilantik ini agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh guru dan pihak sekolah kepada mereka.





Monday, January 10, 2011

Jasamu Dikenang


 
Encik Roslan bin Mat

Ustazah Supura binti Ngah

Sesi 2011 bermula dengan beberapa pertukaran guru. Encik Roslan bin Mat telahpun memulakan tugas baru di PPD Kuala Terengganu sebagai Pegawai LINUS. Ustazah Supura binti Ngah  pula telah bertukar ke SK Tengku Bariah. Selamat bertugas di tempat dan sekolah baru kami ucapkan. Kami warga SKBK sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian semua.

Patah tumbuh, hilang berganti. Selamat datang kami ucapkan kepada guru-guru baru, Pn Rashidah binti Mustaffa, Ustazah Maziah binti Embong dan Nurlizan bin Abdul Rahman. Semoga kehadiran kalian semua membawa transformasi ke arah kecemerlangan SKBK.

Sunday, January 2, 2011

Anugerah Yang Telah Diterima Dalam Akademik 2010


  1. Sekolah Terbaik Minima C Peperiksaan OTI 1 (Daerah KTU) - JPNT
  2. Sekolah Terbaik Minima C Peperiksaan OTI 2 (Daerah KTU) - JPNT
  3. Sekolah Terbaik Minima C Peperiksaan OTI 3 (Daerah KTU) - JPNT
  4. Sekolah Terbaik Peratus 5A Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) – PPD Kuala Terengganu
  5. Sekolah Terbaik Gred Purata Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) – PPD Kuala Terengganu
  6. Sekolah Terbaik Peringkat 5A Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) – PPD Kuala Terengganu
  7. Sekolah Terbaik Minima C Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) - JPNT
  8. Sekolah Terbaik Peratus 5A  Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) - JPNT
  9. Sekolah Terbaik Gred Purata Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) - JPNT
  10. Sekolah Mencapai 20% 5A Peperiksaan OTI 4 (Daerah KTU) - JPNT

Saturday, January 1, 2011

Renungan Tahun Baru 2011

  • Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.
  • Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
  • Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
  • Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan…
  • Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.
  • Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
  • Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
  • Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
  • Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
  • Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.
  • Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...